Tuesday, November 24, 2009

Escape To Hokaido Japan




1000 places to go before we die...
Jauh perjalanan luas pemandangan?
Seribu batu perjalanan lebih baik daripada membaca seribu buah buku?? Betulkah?
Yang pastinya, sekeping foto dapat menceritakan 1000 perkara.

Honestly, Japan is a nice place to visit. Every dream can be found there. Of course, Hokaido is a 'must to go' in your life time.

Monday, November 23, 2009

Salam Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk rakan-rakan.

Kepada anak murid ambo........jangan main air nanti tak jumpa tahun depan.

Semoga semua calon SPM dan STPM menghadapi peperiksaan dengan tabah biarpun dalam keadaan kebasahan dan kesejukan.

Sunday, November 15, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Kami doakan agar semua calon SPM dan STPM 2009 akan meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Pastikan anda mencipta kegemilangan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Ingat, SMJK Chung Hwa, Kota Bharu pasti cemerlang. Kepada pelajar ambo, pastikan BM anda cemerlang sentiasa. Ingat, BM SPM pasport masa depan anda. Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru BM/BI/BC/EST/MUET yang gigih menyumbangkan bakti untuk kecemerlangan sekolah.
"Kita hanya bisa merancang, sama ada berjaya ataupun tidak, hanya Tuhan yang akan menentukannya"

Daripada ambo Guru 09 @ ganos.

Tahniah Cik Bethanny Wang

Sekalung Tahniah kepada Bethanny Wang, pelajar 5 Sains atas kejayaan muncul sebagai Naib Johan Sayembara Puisi 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan. Juga kepada Cikgu Mukhtar Awang. Kepada yang lain-lain, jangan berputus asa. Esok masih ada.

Saturday, August 22, 2009

Pidato SPRM 2009

Gan Ricky berjaya mengharumkan nama sekolah kita dalam Pertandingan Pidato SPRM Peringkat Negeri dan akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan. Nampaknya, ini kali ketiga berturut-turut SMJK Chung Hwa menjadi johan peringkat negeri. Syabas Ricky dan terima kasih kepada guru pengiring, Kaunselor Tan Eng Kiat.
Harapan kami , kali ini ada tempat pada peringkat kebangsaan pula. Syabas sekali lagi.

Tuesday, August 18, 2009

Tahniah SMJK Chung Hwa, Kota Bharu

Minggu ini banyak kejayaan dicipta oleh sekolah ini melalui kegiatan kokurikulum akademik (bahasa). Pelajar Tingkatan Dua Randa, Wee Vii Vian muncul tempat ketiga dalam Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Peringkat Kebangsaan 2009 di Auditorium RTM, Kuala Lumpur. Saudari Vii Vian menggondol hadiah tunai RM3000, sebuah trofi dan sijil.

Sementara itu, Wee W N dari Tingkatan 6 Rendah pula berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam Pertandingan Pidato Hasil (Lembaga Hasil Dalam Negeri) Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Kuala Lumpur, dan membawa pulang 3 buah komputer bimbit( 2 buah untuk sekolah) dan wang tunai RM750.00.

Sekalung penghargaan kepada guru-guru pembimbing mereka seperti En Moechtar Awang dan Encik Jailani serta ibu bapa mereka berdua.

Harapan kami cuma satu: Semoga pencapaian ini menjadi dorongan kepada rakan-rakan pelajar yang lain menceburi kegiatan kokurikulum akademik. Anda tidak perlu latihan lasak seperti permainan sukan, cuma berlatih bercakap, berkomunikasi, bergaya di pentas dan menonjolkan kemahiran atau bakat yang tergilap untuk meraih kejayaan berganda (negeri dan kebangsaan).

Syabas SMJK Chung Hwa! Biarpun kita kerdil dari segi nama, tetapi mutiara bangsa kita tetap berkilau sepanjang masa.

Tuesday, August 4, 2009

Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3 di SMJK Chung Hwa







Kejohanan Bola Keranjang
3 on 3
Tahun 2009

Tempat : Pekarangan SMJK Chung Hwa, Kota Bharu
Tarikh : 31 Julai 2009 (Jumaat)


Terima Kasih Atas Sumbangan Penaja
Tanpa Tuan-tuan dan Puan-puan, Siapalah Kami !


1Malaysia 1Sukan 1Perpaduan
Majulah Chung Hwa Demi Impian Bersama


video video