Tuesday, April 13, 2010

HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

MAJLIS DIADAKAN PADA 13 APRIL 2010 (Selasa)
TEMPAT : STADIUM CHUNG HWA
MASA : 10.15 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

Selamat Datang ke SMJK Chung Hwa untuk Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 2010.
Syabas dan tahniah kepada mereka yang mendapat pengiktirafan daripada pihak sekolah, Alumni, PIBG , Jemaah Pengelola , serta Dato' Nik Kamaruddin dan Keluarga Chua kerana penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum dan akademik. Agak teruja apabila melihat ayahanda dan bonda Chua Geok Khim hadir untuk menerima Hadiah Keluarga Chua atas kecemerlangan anakanda tersayang dalam bidang SPM 2009 (13 A+ 1A). Begitulah juga apabila menemui bekas pelajar kita yang cemerlang dalam peperiksaan STPM, SPM dan PMR 2009 termasuklah Shuh Hui, Hsieh Yie, Jun Tat, Kheng Jun dan anak-anak Encik Samsanun.

Ucapan Pengetua harus dijadikan renungan bersama:

"Jadikan kecemerlangan ini sebagai lonjakan ke arah pencapaian yang lebih gemilang pada masa depan. Tomorrow must be better than today."

Ucapan Pengerusi Jemaah Pengelola, Encik Tan Ken Ten dan YDP PIBG, Encik Tan Kok Hooi,JP juga harus meningkatkan keazaman warga SMJK Chung Hwa:

"Tahun ini banyak wang diperuntukkan untuk majlis ini kerana pelajar kita yang cemerlang semakin bertambah."

"Kami akan sentiasa bersama warga sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang."

Namun begitu, bagi mereka yang kurang cemerlang, janganlah kecewa. Masih ada esok bagi kalian. Kejayaan mereka harus membuka mata kalian untuk membuat sesuatu bagi memajukan diri sendiri. Tak cemerlang dalam peperiksaan, tak apa. Mungkin anda ada potensi dalam bidang lain seperti perniagaan atau kemahiran. Pokoknya, kinilah masanya untuk berubah dan melakukan anjakan paradigma dalam menentukan hala tuju masing-masing.

Doa kami untuk kalian yang meninggalkan SMJK Chung Hwa:

TERIMA KASIH kerana sudi menimba ilmu di SMJK Chung Hwa, Kota Bharu....sebuah sekolah yang biasa tetapi mempunyai warga pelajar dan guru yang luar biasa. Gunakanlah segala ilmu yang ditimba di sini untuk menyesuaikan diri dalam dunia realiti sebenar yang pastinya mempunyai ranjau yang lebih mencabar untuk dilalui.

Apabila sudah berjaya nanti, janganlah lupa kami di SMJK Chung Hwa dan sumbanglah sesuatu untuk kemajuan SMJK Chung Hwa kelak.