Saturday, August 22, 2009

Pidato SPRM 2009

Gan Ricky berjaya mengharumkan nama sekolah kita dalam Pertandingan Pidato SPRM Peringkat Negeri dan akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan. Nampaknya, ini kali ketiga berturut-turut SMJK Chung Hwa menjadi johan peringkat negeri. Syabas Ricky dan terima kasih kepada guru pengiring, Kaunselor Tan Eng Kiat.
Harapan kami , kali ini ada tempat pada peringkat kebangsaan pula. Syabas sekali lagi.

Tuesday, August 18, 2009

Tahniah SMJK Chung Hwa, Kota Bharu

Minggu ini banyak kejayaan dicipta oleh sekolah ini melalui kegiatan kokurikulum akademik (bahasa). Pelajar Tingkatan Dua Randa, Wee Vii Vian muncul tempat ketiga dalam Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Peringkat Kebangsaan 2009 di Auditorium RTM, Kuala Lumpur. Saudari Vii Vian menggondol hadiah tunai RM3000, sebuah trofi dan sijil.

Sementara itu, Wee W N dari Tingkatan 6 Rendah pula berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam Pertandingan Pidato Hasil (Lembaga Hasil Dalam Negeri) Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Kuala Lumpur, dan membawa pulang 3 buah komputer bimbit( 2 buah untuk sekolah) dan wang tunai RM750.00.

Sekalung penghargaan kepada guru-guru pembimbing mereka seperti En Moechtar Awang dan Encik Jailani serta ibu bapa mereka berdua.

Harapan kami cuma satu: Semoga pencapaian ini menjadi dorongan kepada rakan-rakan pelajar yang lain menceburi kegiatan kokurikulum akademik. Anda tidak perlu latihan lasak seperti permainan sukan, cuma berlatih bercakap, berkomunikasi, bergaya di pentas dan menonjolkan kemahiran atau bakat yang tergilap untuk meraih kejayaan berganda (negeri dan kebangsaan).

Syabas SMJK Chung Hwa! Biarpun kita kerdil dari segi nama, tetapi mutiara bangsa kita tetap berkilau sepanjang masa.

Tuesday, August 4, 2009

Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3 di SMJK Chung Hwa







Kejohanan Bola Keranjang
3 on 3
Tahun 2009

Tempat : Pekarangan SMJK Chung Hwa, Kota Bharu
Tarikh : 31 Julai 2009 (Jumaat)


Terima Kasih Atas Sumbangan Penaja
Tanpa Tuan-tuan dan Puan-puan, Siapalah Kami !


1Malaysia 1Sukan 1Perpaduan
Majulah Chung Hwa Demi Impian Bersama


Di Sebalik Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah Malaysia 2009 di Sweet Beach Resort









Acara Selingan
- Persembahan Muzik Tradisional & Puisi dan Lagu dari
SMJK Chung Hwa, Kota Bharu
















Terima Kasih Daun Keladi kepada YBrs. Timbalan Pengarah JPN, Tn. Hj Ishak selaku Perasmi Majlis Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2009


  • Sekalung tahniah kepada En Ismail Wahab , Ketua Sektor, En Abdullah, KU & En Razuki , Pegawai Meja Kokurikulum Akademik , Unit Kokurikulum JPN Kelantan dan rakan-rakan setugas dari serata negeri atas penganjuran dan pengurusan yang baik. Tak dilupakan Pengurus Sweet Beach Resort, Tok Bali atas makanan dan hospitaliti yang disediakan.










1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan










PROGRAM 1Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Peringkat Sekolah
Perasmian Oleh : Pengarah Penerangan Kelantan
Tarikh : 18 Jun 2009
Tempat : Stadium Chung Hwa




















Monday, August 3, 2009

Urusan Kenakan Pangkat DG48 KUP 2010

Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Gred Dg44 ke DG48 Secara Time-Based Tahun 2010

Ditulis oleh AZMAN ADNAN
Jumaat, 24 Julai 2009 11:02


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPPS Gred DG44 ke Gred DG48 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) tahun 2010. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based, pegawai tidak perlu memohon tetapi adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan bagi semua pegawai yang layak. Sehubungan itu, Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan bagi semua pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat ini adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat sepertimana yang ditetapkan dalam surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) surat JPA(S)324/14/9 Klt. 22 (44A) bertarikh 28 Oktober 2002. Mereka terdiri daripada lima (5) kategori pegawai seperti di LAMPIRAN A.Sila muat turun lampiran untuk maklumat lanjut.
Muat turun

S.S DG44-DG48 - Makluman
LAMPIRAN B-MTGAJI
LAMPIRAN B-RGKSN MTGJ
LAMPIRAN B-TGGA GJ
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D1-10
LAMPIRAN D2-10
LAMPIRAN E
LAMPIRAN T1
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 24 Julai 2009 11:23 )