Sunday, March 28, 2010

PESTA BAHASA 2010






















Tahniah kepada semua peserta PESTA BAHASA kerana persembahan kalian cukup bertenaga tahun ini. Nanti ambil hadiah daripada saya deh... Nak tengok gambar demo.....tengok facebook Mr. Ng Yuan Lee.

Sunday, March 14, 2010

TOKOH NILAM KELANTAN 2010

Tahniah dan Syabas kepada anak-anak didik kita yang terpilih sebagai Tokoh Nilam Kelantan dan akan bertolak ke Kuala Lumpur esok untuk menyertai rakan-rakan dari negeri lain bersaing bagi dinobatkan sebagai Tokoh Nilam 2010 peringkat kebangsaan :

Nurul Amirah Aminah binti Mohd Razali - SK Zainab 1, Kota Bharu.
Nisa Laili binti Hairi - SK Suria 3, Tanah Merah.
Tasneem Mohammad Taha - SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu.
Siti Nur Ain binti Yunus - SMKA Wataniah, Machang.

Kami doakan agar kalian akan terus menjulang nama sekolah, BTPN dan JPN Kelantan.

Daripada warga fasilitator Tokoh Nilam 2010:

Cikgu Rohaida Abas GC BM, Cikgu Hj Zainal GC BM, Cikgu Hajah Ilani GC BI, Encik Hasrimi, IPG Kota Bharu dan Gan Tong Hock.

Tahniah Calon SPM 2009

Keputusan SPM telah pun diumumkan. Ada yang berjaya dan ada pula yang kurang berjaya. Ada yang menangis kerana teruja dan ada yang menangis kecewa. Itulah titipan maya. Keputusan yang diperoleh menceritakan segala-galanya. Jika kita gigih berusaha dan sentiasa mengutamakan pelajaran serta sentiasa berhati mulia, Tuhan akan bersama kita.
Kepada murid-murid ambo yang merintis kecemerlangan luar biasa dalam SPM 2009, ambo dan rakan-rakan pentadbir sekolah ucapkan syabas. Terima kasih juga kepada guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat ketika mendidik murid-murid ambo, khususnya kelas 5K1 hingga 5K5.

Aliran Sains:
Pelajar Straight 11A+ : Yap Suh Huey
Pelajar dikagumi : Chua Geok Kim 13A+ dan 1A
Pelajar Straight A's yang lain:
Wong Ai Wei, Lee Yin Yan, Loh Chun Liang, Ng Chun Keat, Lee Chun Pang, Chew Min Fei, Yeong Sook Chin, Ong Kuan Theng, Tan Lip Song, Samantha Wee, Soo Toh Jia Li, Yeap Pei Luan, Kong Wan Wei, Low Yi Lin, Lim Meng Yeow, Tee Yan Yin,
Turut Cemerlang (10 A's):
Foo Kai Li, Lim Chee Siew, Song Cai Qian, Tan Dee Lia, C. Jia Nee, Gan Poh Ly, Chin Yi Ying, Phoon Chiy Hin, Lee Chor Yeng, Lim Qian Wen, Foo Yen Mei, Pong Xiang Yi, Leong Yee Mun, Gan Xing Yee, Ng Kheng Ghee, Tan Seok Ying, Kua Yee Ling, Teow Chia Yee, Lua Chew Huay, Lim Ee Vone.
dan banyak lagi......

Aliran Sastera:
Chua Tzyy Shan (8As), Chua Yi Mei, Chang Wei Han dan Look Tzer Ee.

Pelajar 5 sAINS 5 ambo like Bernai, Yee , Morlly, Peng Yim , Seng Poi n Kumar, Chua etc...you are not bad.
Congratulation too to Zhi Ming of SMJK Chung Cheng, NurAsyiqin of Maher n Suresh of SMK Tumpat.

KEJAYAAN PADA HARI INI DIHARAPKAN DAPAT MERINTIS SEMANGAT UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR PADA KEMUDIAN HARI.

Belasungkawa : Prof. Dr. Umar Junus

Sekalung takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Dr. Umar Junus, mahaguru ambo di Universiti Malaya dahulu kerana tanpamu siapalah ambo pada hari ini. Sebenarnya, jasamu tidak terhingga, khususnya dalam aspek Stail Penulisan dan Kritikan Kesusasteraan yang masih ambo aplikasikan dalam pengajaran BM di sekolah. Kata orang tua-tua, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas roh tuan. Belasungkawa.