Monday, October 25, 2010

MENGHITUNG HARI

SPM 2010 semakin dekat...dan jika ada yang masih relaks, mereka ini pasti tidak mahu kecemerlangan. Mereka ini langsung tidak terdetik hati untuk melakukan anjakan dan menyumbang sesuatu kepada ibu bapa dan sekolah.
Walau bagaimanapun selamat berjaya kepada semua calon SPM sekolah ambo. Mulakan langkah pertama dengan melangkah yakin ke dewan peperiksaan.

Sunday, October 17, 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SMJK Chung Hwa

1Bahasa 1Bangsa 1Negara
Bahasa Jiwa Bangsa
Jika bukan kita, siapakah lagi
yang akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan kita.

Adakah kita mahu
satu-satunya bahasa ini terpinggir
jadi seperti bahasa Latin atau Sanskrit
menjadi bahasa "mati"
dan pupus ditelan zaman
dek kemabukan anak bangsa sendiri
memuja-muja warisan penjajah hingga lupa
di mana bumi dipijak.

Saturday, October 9, 2010

Persaraan En. Tan Yeap Huat

Selamat Bersara kepada Cikgu Tan Yeap Huat. Jasamu mengajar selama 19 tahun akan tetap kami kenang. Semoga cikgu sihat sokmo bersama keluarga tersayang.