Monday, May 24, 2010

Tahniah Atas Kenaikan Pangkat

Tahniah kepada rakan sejawatan saya, Puan Hjh Che Zainab, GK Sains Sosial atas kenaikan pangkat sebagai Pengetua DG 52 di SMKA Sibu, Sarawak. Harapan kami agar puan terus menggemilangkan sekolah baharu walaupun di perantauan.
Maaf dihulurkan jika ada tersilap kata atau terkasar laku sepanjang kita berkhidmat di SMJK Chung Hwa, Kota Bharu ini. 25 tahun di Chung Hwa pasti melakarkan memori indah.

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010 PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 3 Jun 2010 (Khamis)
Tempat : Stadium Chung Hwa
Tema 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa...Terima Kasih Cikgu
Selamat datang ke SMJK Chung Hwa sempena sambutan hari guru tahun ini. Sebagai wakil pentadbir, terima kasih kepada semua guru SMJK Chung Hwa yang sudi mengajar di sini. Jasa kalian pasti dihargai. Terima kasih juga kepada semua murid SMJK Chung Hwa yang sanggup menjadikan sekolah ini sebagai medan menuntut ilmu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK PIBG, Alumni dan Jemaah Pengelola yang tidak lokek menyumbangkan dana dan sokongan untuk memajukan SMJK Chung Hwa serta mantan guru SMJK Chung Hwa yang masih datang mengajar biarpun sudah meninggalkan sekolah ini.
Ingatlah, anak didik yang cemerlang dididik oleh pendidik yang gemilang hasil daripada perancangan yang terancang di institusi pendidikan yang terbilang.
Terima kasih rakan-rakan guru.
P/S
Tahun ini agak terkilan sedikit kerana tidak ada lagi pertandingan bahas guru sebagaimana lazimnya.

Monday, May 10, 2010

JOGATON CINTAI SEKOLAH 2010

JOGATON CINTAI SEKOLAH (CHUNG HWA) 2010
14 MEI 2010 (Jumaat)
Masa : 6.30 pagi (Pendaftaran).
7.00 pagi (Acara bermula).
Perasmian oleh Encik Tan Kok Hui, J.P. (Pengerusi PIBG )

Selamat Datang ke SMJK Chung Hwa untuk sama-sama menjayakan Jogaton Cintai Sekolah Chung Hwa 2010.

Kepada para peserta, kalau boleh lari, larilah. Kalau tak larat lari, jalanlah....asalkan sampai di sekolah dan dapat hadiah.

Kepada para penderma, sumbangan anda amatlah dihargai. Tanpa anda, siapalah kami di Chung Hwa ini.

SEKOLAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.