Tuesday, July 7, 2009

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2009

Selamat Datang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang kepada semua kontinjen negeri dari Perlis ke Sabah yang akan berkampung di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh bermula 13 hingga 16 Julai 2009.

Negeri Kelantan akan diwakili oleh Pasukan Bahas BM SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu.

Semoga kalian akan menggegarkan persidangan Parlimen kali ini.

Tahniah Kepada Pemenang Pidato Hasil Dalam Negeri 2009

Sekalung tahniah kepada Wee Vi Nie!!
Kepetahan berpidato dan gaya persembahan bersahaja mengagumi para juri untuk dinobatkan sebagai Johan Pidato Hasil Peringkat Negeri Kelantan 2009. Sekurang-kurangnya patah tumbuh hilang berganti. Tahun lepas Che Benazir mengharumkan nama SMJK Chung Hwa, kali ini Vi Nie pula. Harapan kami warga guru dan pelajar Chung Hwa ialah mahu melihat saudari terus mencuba agar muncul sebagai Johan peringkat kebangsaan pula. Tiada yang mustahil di Chung Hwa.....jika kita berusaha pasti akan berjaya. Terima kasih kepada Cikgu Jailani sebagai sifu Vi Nie. Kejayaan membawa pulang RM 700.00 dan sebuah laptop amat membanggakan warga sekolah kita.

Saturday, July 4, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PPD Kota Bharu

4 Julai 2009 , SABTU - Hari ini penerima APC 2008 menerima sijil masing-masing daripada Abe Nan, KSPA JPN KELANTAN, dan Hj Aziz, PPD KOTA BHARU serta Hj Ezani PPDKB di SMK Putera, KB. Abe Hab Mamat pun ada selaku Pengetua SMK Putera.

Sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang turut menerima APC : Cikgu Fauzi (rakan sejawat) di SK Tawang dulu, Cikgu Mi (SMK Panji) rakan tempat kawe squat di Kolej Kedua UM, Cikgu Ang Suat Ngai, Abe Ping, So Efai (kak ipar), Cikgu Thank, rakan 2 di Chung Hwa seperti Cikgu Rosnani, Puan Rosni, Cikgu Mariani , Cikgu Nor Asiah dan Cikgu Rafeah. Ambo cukup tertarik dengan kata-kata KSPA - APC dianugerahkan kepada 3 kategori pegawai/staf dalam perkhidmatan perguruan - guru yang betul-betul cemerlang dari segi kerja buat di sekolah ; guru yang akan bersara tak lama lagi; dan guru yang tak pernah dapat lagi walaupun APC telah dikurniakan sejak 1993.

Abe Mamat Taib dari PPD pula mengatakan bahawa penerima APC akan 'didera' di sekolah selepas ini dan perlu bekerja kuat kalau tak mahu dipertikaikan.

Pokoknya, bagi yang dapat, diucapkan tahniah dan bagi yang tak dapat jangan dengki kerana masa akan tiba untuk kita pula dengan syarat kita ikhlas. Dengki akan kejayaan orang haruslah diikuti dengan rasa 'dengki positif 'untuk menjadi lebih baik daripada orang yang kita dengki itu. Inikan tidak , di sekolah asyik seperti melukut di tepi gantang ,dan suka "main hide n seek" apabila hendak diberi kerja. Sesungguhnya, Tuhan Amat Mengetahui.