Saturday, December 27, 2008

Another Beijing Photos











Beijing Photos

Confucious (Imperial Palace)

Great Wall's First Snowfall 2008

Mongolian's Buffet Lunch - Boozing


Great Wall of China



My Friends at the Tiannamen Square : Mr & Mrs TAN n Mr.TAN & Family




Monday, December 15, 2008

BEIJING family trip

7 - 15 Dec 2008 :Trip to Beijing - Chengde - Tianjin. Experience the first snowfall 2008 in Great Wall China . Quite a nice place to experience mild, slow wind, cold and snowy feel. A beautiful place to go. Nice food especially the Mongolian dish, Brazilian n Northern Style food. Makan daging rusa for the first time.....Anyway thanks to all for making the trip so enjoyable esp. Mr. Peter n Mr Richard. Tak lupa kepada kawan-kawan baru like Mr n Mrs Yao n family (incl. Steven-a cute n brilliant boy n sis.) Mr Tan n family, Youngsters like Daniel, Keith, Tommy n wife. Cannot forget how wonderful the Imperial Summer Resort in Chengde n Great Wall during snow time.

Tuesday, December 2, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Salam raya kepada semua rakan, pelajar, warga pendidikan dan siapa2 sahaja.
Maaf zahir dan batin.

Sunday, November 2, 2008

Majlis Perpisahan Pelajar T5 & T6

2 November 2008 - Majlis Perpisahan diadakan di Stadium Chung Hwa.
Saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada semua calon SMJK Chung Hwa. Kejayaan anda pasti membanggakan pelbagai pihak.

Saturday, October 25, 2008

HAPPY DEEPAVALI

WISHING ALL THE HINDUS IN MALAYSIA ESP. MY STUDENTS N FORMER STUDENTS AND FRIENDS......selamat menyambut hari deepavali.
Yang bakal mengambil SPM 2008 pula, jagalah diri dan jangan lupa SPM 2008 semakin hampir.
Congrat. to Lakhsmi Dr. JEGA for getting distinction in BM (Ulangan) 2008.

Wednesday, October 1, 2008

Salam Aidiltiftri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan, bekas pelajar dan pelajar di merata -rata tempat. MAAF ZAHIR dan BATIN.

Saturday, September 13, 2008

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Ambo ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan dan pelajar ambo.
Kata orang tua-tua, saat berbuka puasa itu suatu kemenangan bagi mereka yang berpuasa. Hakikat yang sama juga harus diselami oleh semua calon SPM 2008. Keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak merupakan suatu kemenangan atas usaha gigih selama dua tahun ini.

Saturday, August 30, 2008

Kursus Peningkatan Profesionalisme SMJKCH

Hari ini warga guru SMJK Chung Hwa menghadiri Kursus LDP anjuran bersama DBP Cawangan Timur dan SMJKCH.
Penceramah : Hj. Mohamad Harun, Munsyi Dewan
Tempat di Dewan Tuan Melor, SMJK Chung Hwa.
Tajuk : Komunikasi Yang Berkesan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah, yakni Abe Mad (rakan seperjuangan), pihak DBP khususnya Pn Hjh Zainab (kenalan zaman kanak-kanak), dan semua AJK Penyelaras LDP, khususnya Cikgu Yam dan Puan Noriha.

Thursday, August 28, 2008

Egypt Tour

Pertandingan PIDATO BPR PGKT NEGERI KELANTAN 2008

SUDUT KEBANGGAAN KO-BAHASA SMJK CHUNG HWA, KB.

Syabas dan tahniah kepada Saudari Lee Hsieh Yie, pelajar Tingkatan 6 Bawah BP SMJK Chung Hwa, KB atas kejayaan muncul sebagai JOHAN KATEGORI BAHASA INGGERIS. Kejayaan anda pastinya menjadi kebanggaan kami , warga SMJK CH. Sesungguhnya, kejayaan ini mengulangi kejayaan Saudara Ng Ing Thing pada tahun lepas.
Saudari Lee HY membawa pulang Piala Pusingan seberat 13 kilogram, wang tunai RM400.00 dan sijil berwarna keemasan. Kejayaan ini sudah pastinya melonjakkan imej SMJKCH sebagai sekolah berwatak di Kota Bharu. Tahniah juga kepada Pengetua dan Encik Yam WK.
Pesanan kami : If you cannot do great things, you can still do small thing but in a great way. Kami juga mendoakan kejayaan anda pada peringkat kebangsaan pula.

Monday, August 25, 2008

Tahniah & Syabas

Jabatan Bahasa SMJK Chung Hwa merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Wee Vi Nie dari Tingkatan 5 Sains 1 yang mewakili Kelantan ke Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2008 Kategori Bukan Bumpitera. Dengar khabar Adik Vi Nie menang tempat kedua atau NAIB JOHAN dan membawa pulang Piala Iringan, wang tunai RM 3,000 dan Sijil. Kejayaan anda kebanggaan kami. Semoga kejayaan ini akan merintis jalan ke arah kejayaan yang lebih gemilang. Dengar kata, persembahan Vi Nie hebat sekali cuma nasib tidak menyebelahinya. Sambil itu, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51 kepada semua pembaca yang budiman. Perpaduan Teras Kejayaan.

Wednesday, August 13, 2008

Peraduan Karang Esei BM T5 Sains 5



Peraduan ini hanya untuk Tingkatan 5 Sains 5 SMJK Chung Hwa, KB sahaja.
Pilih SATU tajuk esei sahaja :

Tajuk Esei :
· Masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan bukan kerana tiada pekerjaan tetapi berpunca daripada faktor lain. Bincangkan.

· Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan yang penting untuk menjadikan dunia ini aman dan sejahtera. Ulaskan.

· Pihak sekolah tidak wajar dipersalah dalam kes pelanggaran disiplin pelajar. Bincangkan.

Karya haruslah ditaip menggunakan MS WORD , font ARIAL saiz 12.
Panjang Karangan hendaklah melebihi 400 patah perkataan
Tarikh tutup : 1 September 2008
Hadiah :
Pertama : RM 30.00
Kedua : RM 20.00
Ketiga : RM 10.00
6 Hadiah Sagu Hati : RM 5.00 setiap satu.

Sila hantar esei saudara / saudari kepada ganos03@yahoo.com
Pastikan nama anda dicatat pada esei berkenaan.

SELAMAT BERCUTI !

Friday, August 1, 2008

Tahniah Che Benazir

Sekalung penghargaan dan seiring doa buat Che Benazir, pelajar T6A1 SMJK Chung Hwa, Kota Bharu yang akan mewakili negeri Kelantan dalam Pertandingan Pidato Hasil Peringkat Kebangsaan di Putrajaya minggu depan. Anda ialah "mutiara bangsa" yang bakal menyinari kami. Syabas dan buktikan , SMJK Chung Hwa memang 'sekolah berwatak'.

Tahniah Kepada Penyair SMJK Chung Hwa

Wee Vi Nie muncul Johan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan Negeri Kelantan, Kategori Bukan Bumiputera, dan akan bertanding pada peringkat kebangsaan nanti. Syabas dan Tahniah.
Nuraini Muhd Zikri pula muncul sebagai Johan Deklamasi Puisi Bulan Bahasa dan Sastera Negeri Kelantan, sementara Wee Vi Vian mendapat tempat Kedua bagi kategori Sekolah Menengah. Tahniah daripada kami warga SMJK Chung Hwa, Kota Bharu.
Penghargaan juga kepada mentor mereka, iaitu Saudara Mukhtar Awang.
....semoga kejayaan ini merintis jalan ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Wednesday, May 21, 2008

HARI GURU 2008 di Melaka

Bersama kawan-kawan menyertai pertandingan bahas guru di Melaka. Lawan pasukan Guru Sarawak. Pasukan ambo terdiri daripada Che Rasid, Soo dan Osman dikecewakan oleh kehebatan pembahas Sarawak yang ketiga-tiga mereka menguasai bahasa Melayu dengan baik. Seingat ambo ini kali ketiga kami masuk peringkat akhir. Kami menang dua kali. Paling glamor ketika ambo bersama Nik Mat, dan Huzili menang dan jadi Juara Bahas Guru Ala Parlimen 2003 menewaskan Selangor. Ah...nostalgia belaka.
Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan guru. Guru Cemerlang Negara Terbilang...Terima kasih Cikgu.

Tuesday, April 22, 2008

Bahas BM Sekolah-Sekolah Menengah 2008

21 & 22 April 2008 - Pertandingan Bahas BM Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan di SMK Geting, Tumpat. Ambo sungguh seronok kerana dapat jumpa anak-anak murid yang kini jadi guru, staf dan kontraktor makanan. Lebih menguja apabila melihat mereka begitu bersemangat menjadi guru sedangkan ambo kelihatan sudah 'habis gas'. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi jadi Hakim dan menjayakan pertandingan dengan baik. Johan tahun ini ialah SMKA To'Bachok setelah menewaskan SMK Kuala Krai. Salam perdebatan!!!

Friday, April 18, 2008

Umur Persaraan Dilanjutkan?

My opinion ? Good news to those who feel they are fit enough to work or need incomes to pay their house bills or getting another house / car / wife. To me, i don't feel so cos' at the age of 60, we are too old to enjoy life with our family. Since then, we are busy working and have no time to be with the family...unless you have plenty of time with the family and working at your door step. But not me, .....so, the govt. must give us a choice to choose not forcing us to continue working. After all, not all are fit enough at this age or productive enough and full of vision as the younger one. Unless, the govt. want to show their kindness, taking care of us.....can accept rotten manpower who likes to take mc, ponteng kerja, pemalas, selalu ada janji temu hospital, etc.
The govt also must consider those who are searching for govt. job. I'm afraid we are neglecting those who want to work with the govt. I'm afraid our cream of the country will migrate to other countries for a better job. (Notes: Now most of them are working overseas and reluctant to come back). We need young generation to steer our country and train them as early as possible. So, jangan fikir untuk diri sendiri sahaja tetapi fikir untuk masa depan negara dan generasi akan datang yang akan menjadi pewaris Wawasan 2020. I suggest to those who want to continue working, create a mechanism to evaluate them and choose those who can contribute not those who are the black sheep in the govt public services.

Saturday, April 5, 2008

Lawatan Pelajar Selatan Thai ke Kelantan

Hari ini di Crystal Lodge ambo gi menyambut kedatangan (17 + 1 )(=18) org pelajar dari negara jiran ke Kelantan. They are coming to visit my school this coming 24th April. Welcome to SMJK Chung Hwa. Berkesempatan bertemu orang yang ambo kagumi Dato' Haji Hassan Harun, The Honourable Konsul Jeneral Mr & Mrs Suraphon, Deputi KJ Boojit dan Konsul Nittirooge dan rakan lama, termasuk Lt. Ahmad Ghazilan.

Monday, March 31, 2008

Roma Italiano


My trip to Rome, Italy back in 2006. Quite a beautiful place to visit if u have the chance... but don't miss Venice , Pisa and Milan.

April Fool : Star Ipoh

When i was studying in STAR Ipoh (1971-1976), lots of sweet memories including ...been fooled by fellow friends.....esp on April 1st. Anyhow, all those days will never come again....zaman remaja, zaman yang menyeronokkan dan mendewasakan saya. Thanks to all my friends cuma rasa kehilangan rakan-rakan yang telah pergi terlebih dahulu....such as Mokhtar, Azmi , Rahim dan Ridzuan. May God Bless U all.

Saturday, March 29, 2008

Escape To Taiwan 2007

Escape To Taiwan
19 - 24th December 2007

A nice vacation n sweet memories with fellow friends.
Good food, services, shopping, lodging, journey, ....n the rest, please ask Jolene.
Thanks to everyone...

Hai...

Keputusan SPM dan STPM 2007 dah pun diumumkan. Ada yang suka dan ada yang duka. Namun begitu, sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar SMJK Chung Hwa, Kota Bharu yang berjaya meraih 4A (STPM) dan semua 1A (SPM). You make us proud, gals and guys.

Semoga kejayaan yang diraih itu menjadi pencetus ke arah kejayaan yang lebih gemilang. Bagi calon-calon 2008 pula, masa tidak menanti anda. Yang menunggu anda ialah persaingan, justeru kinilah masanya untuk menggandakan usaha dan tekad kalau mahu lebh gemilang daripada mereka. Rebutlah peluang ini kerana detik kejayaan pertama lebih manis daripada kejayaan lain. Percayalah!!