Saturday, August 30, 2008

Kursus Peningkatan Profesionalisme SMJKCH

Hari ini warga guru SMJK Chung Hwa menghadiri Kursus LDP anjuran bersama DBP Cawangan Timur dan SMJKCH.
Penceramah : Hj. Mohamad Harun, Munsyi Dewan
Tempat di Dewan Tuan Melor, SMJK Chung Hwa.
Tajuk : Komunikasi Yang Berkesan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah, yakni Abe Mad (rakan seperjuangan), pihak DBP khususnya Pn Hjh Zainab (kenalan zaman kanak-kanak), dan semua AJK Penyelaras LDP, khususnya Cikgu Yam dan Puan Noriha.

Thursday, August 28, 2008

Egypt Tour

Pertandingan PIDATO BPR PGKT NEGERI KELANTAN 2008

SUDUT KEBANGGAAN KO-BAHASA SMJK CHUNG HWA, KB.

Syabas dan tahniah kepada Saudari Lee Hsieh Yie, pelajar Tingkatan 6 Bawah BP SMJK Chung Hwa, KB atas kejayaan muncul sebagai JOHAN KATEGORI BAHASA INGGERIS. Kejayaan anda pastinya menjadi kebanggaan kami , warga SMJK CH. Sesungguhnya, kejayaan ini mengulangi kejayaan Saudara Ng Ing Thing pada tahun lepas.
Saudari Lee HY membawa pulang Piala Pusingan seberat 13 kilogram, wang tunai RM400.00 dan sijil berwarna keemasan. Kejayaan ini sudah pastinya melonjakkan imej SMJKCH sebagai sekolah berwatak di Kota Bharu. Tahniah juga kepada Pengetua dan Encik Yam WK.
Pesanan kami : If you cannot do great things, you can still do small thing but in a great way. Kami juga mendoakan kejayaan anda pada peringkat kebangsaan pula.

Monday, August 25, 2008

Tahniah & Syabas

Jabatan Bahasa SMJK Chung Hwa merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Wee Vi Nie dari Tingkatan 5 Sains 1 yang mewakili Kelantan ke Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2008 Kategori Bukan Bumpitera. Dengar khabar Adik Vi Nie menang tempat kedua atau NAIB JOHAN dan membawa pulang Piala Iringan, wang tunai RM 3,000 dan Sijil. Kejayaan anda kebanggaan kami. Semoga kejayaan ini akan merintis jalan ke arah kejayaan yang lebih gemilang. Dengar kata, persembahan Vi Nie hebat sekali cuma nasib tidak menyebelahinya. Sambil itu, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51 kepada semua pembaca yang budiman. Perpaduan Teras Kejayaan.

Wednesday, August 13, 2008

Peraduan Karang Esei BM T5 Sains 5



Peraduan ini hanya untuk Tingkatan 5 Sains 5 SMJK Chung Hwa, KB sahaja.
Pilih SATU tajuk esei sahaja :

Tajuk Esei :
· Masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan bukan kerana tiada pekerjaan tetapi berpunca daripada faktor lain. Bincangkan.

· Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan yang penting untuk menjadikan dunia ini aman dan sejahtera. Ulaskan.

· Pihak sekolah tidak wajar dipersalah dalam kes pelanggaran disiplin pelajar. Bincangkan.

Karya haruslah ditaip menggunakan MS WORD , font ARIAL saiz 12.
Panjang Karangan hendaklah melebihi 400 patah perkataan
Tarikh tutup : 1 September 2008
Hadiah :
Pertama : RM 30.00
Kedua : RM 20.00
Ketiga : RM 10.00
6 Hadiah Sagu Hati : RM 5.00 setiap satu.

Sila hantar esei saudara / saudari kepada ganos03@yahoo.com
Pastikan nama anda dicatat pada esei berkenaan.

SELAMAT BERCUTI !

Friday, August 1, 2008

Tahniah Che Benazir

Sekalung penghargaan dan seiring doa buat Che Benazir, pelajar T6A1 SMJK Chung Hwa, Kota Bharu yang akan mewakili negeri Kelantan dalam Pertandingan Pidato Hasil Peringkat Kebangsaan di Putrajaya minggu depan. Anda ialah "mutiara bangsa" yang bakal menyinari kami. Syabas dan buktikan , SMJK Chung Hwa memang 'sekolah berwatak'.

Tahniah Kepada Penyair SMJK Chung Hwa

Wee Vi Nie muncul Johan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan Negeri Kelantan, Kategori Bukan Bumiputera, dan akan bertanding pada peringkat kebangsaan nanti. Syabas dan Tahniah.
Nuraini Muhd Zikri pula muncul sebagai Johan Deklamasi Puisi Bulan Bahasa dan Sastera Negeri Kelantan, sementara Wee Vi Vian mendapat tempat Kedua bagi kategori Sekolah Menengah. Tahniah daripada kami warga SMJK Chung Hwa, Kota Bharu.
Penghargaan juga kepada mentor mereka, iaitu Saudara Mukhtar Awang.
....semoga kejayaan ini merintis jalan ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.