Sunday, October 17, 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SMJK Chung Hwa

1Bahasa 1Bangsa 1Negara
Bahasa Jiwa Bangsa
Jika bukan kita, siapakah lagi
yang akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan kita.

Adakah kita mahu
satu-satunya bahasa ini terpinggir
jadi seperti bahasa Latin atau Sanskrit
menjadi bahasa "mati"
dan pupus ditelan zaman
dek kemabukan anak bangsa sendiri
memuja-muja warisan penjajah hingga lupa
di mana bumi dipijak.

Saturday, October 9, 2010

Persaraan En. Tan Yeap Huat

Selamat Bersara kepada Cikgu Tan Yeap Huat. Jasamu mengajar selama 19 tahun akan tetap kami kenang. Semoga cikgu sihat sokmo bersama keluarga tersayang.

Wednesday, September 22, 2010

Buku TEKS KOMSAS BM SPM Mulai Tahun 2011

Tingkatan Lima
i) Antologi Dirgahayu Bahasaku
ii) Novel Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Hassan (ZON Kelantan, Terengganu, Melaka dan Pahang)

Tingkatan Empat
i) Antologi Harga Remaja
ii) Novel Renyah karya Gunawan Mahmood (Zon Kelantan, Terengganu, Melaka dan Pahang)

Semua pelajar dan guru di SMJK Chung Hwa, KB, harap maklum...

Saturday, August 7, 2010

PERCUBAAN SPM 2010

Kepada semua anak didik ambo,

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

Tiada jalan ringkas untuk memperoleh kejayaan kecuali kita berusaha gigih, bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Tanamkan azam yang kental dan aplikasikan segala ilmu di dada untuk melihat hasilnya. Jika saya menjadi anda, saya akan bereksperimen dari segi pengurusan masa, cara belajar, teknik menjawab dan pelan tindakan semasa mendepani Peperiksaan Percubaan 2010 ini. Jika ada kelemahan, masih ada ruang untuk memantapkankannya sebelum menghadapi peperiksaan sebenar SPM 2010 yang akan bermula pada 23 November 2010 (Selasa) untuk kertas BM ambo.

Sunday, July 18, 2010

Notis Pembatalan Klinik Bahasa

Kepada kumpulan anak angkat ambo,
Klinik Bahasa untuk esok , Selasa, 20 Julai 2010 ditunda kerana ambo ada hal di JPN.
Harap maklum.

PERSARAAN PK KO - MR. FOO CHEE BAN

Majlis Persaraan PK Kokurikulum
Hari : 2 Ogos 2010 (Isnin)
Tempat : Stadium SMCH & Renaisance Hotel

Selamat Bersara kepada Encik Foo Chee Ban !!!
Jasamu Dikenang
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain (=mengajar).

Monday, May 24, 2010

Tahniah Atas Kenaikan Pangkat

Tahniah kepada rakan sejawatan saya, Puan Hjh Che Zainab, GK Sains Sosial atas kenaikan pangkat sebagai Pengetua DG 52 di SMKA Sibu, Sarawak. Harapan kami agar puan terus menggemilangkan sekolah baharu walaupun di perantauan.
Maaf dihulurkan jika ada tersilap kata atau terkasar laku sepanjang kita berkhidmat di SMJK Chung Hwa, Kota Bharu ini. 25 tahun di Chung Hwa pasti melakarkan memori indah.