Monday, June 1, 2009

Khasiat PISANG atau Banana

TAHUKAH ANDA APAKAH KHASIAT PISANG

Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah kini pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia. Bukan itu sahaja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, dan menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:Merujuk kepada survey terbaharu yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Hakikat ini sedemikian kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS: Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.Tekanan
Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potasium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengah hari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potasium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman: Gentian tinggi, menjadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetul sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan antiasid semula jadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan kaji selidik terhadap 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Oleh itu, makanlah pisang.
Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana buah ini bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Pisang juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih mood kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang dapat membantu tubuh kita dalam membaik pulih kesan nikotina terhadap tubuh.
Stres:Potasium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Apabila kita stres, kadar metabolisme kita naik, menyebabkan kadar potasium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potasium.
Strok:Mengikut kajian dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Penyakit-Penyakit Kulit lain: Pengamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. Jadi, pisang memang merupakan ubat semula jadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Pisang juga kaya dengan potasium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Nah, mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut,
"Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!"
PS: Kesimpulannya, pisanglah yang menjadi penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!
Satu lagi petua tuk nenek ambo; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan. dengan kain kering. Menakjubkan! ! Tak cuba tak tau, dah cuba barulah kita tau bahawa pisang ini sedap dan banyak kegunaannya.

Monday, May 18, 2009

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009 Peringkat Negeri Kelantan






#Terima kasih Cikgu Mukhtar Awang (sifu) atas bimbingan tuan hamba#












#Barisan pemenang Hadiah Sayembara Puisi Merdeka 2009#












Sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar SMJK Chung Hwa, Kota Bharu kerana memperoleh kemenangan berganda dalam sayembara peringkat negeri Kelantan ini yang diadakan di Taman Budaya, Kota Bharu anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Negeri Kelantan pada 16 Mei 2009. Syabas kepada pelajar dan mereka yang di sebalik tabir kejayaan mereka!
Johan : Wee Vi Vian - RM 800.00 (Sijil + Plak)
Naib Johan : Chua Geok Khim (5S2)- RM 600.00 (Sijil + Plak)
Ketiga : Wee Hui Yin (u6A2) - RM 300.00 (Sijil + Plak)
Sagu Hati : Bethanny Wang(5S2), Gan Wai Ying,(4S4) Foo Mei Ai, (4S1) Gan Rick Kye(L6S), Ng Yih Tze (5S2) , dan Lim Wei Tzen(U6A2) serta Kak Ton.

Adik Wee Vi Vian akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Harapan kami agar kejayaan Vi Vian ini akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih gemilang.


Rakaman Persembahan -

Johan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009

Kategori SMJK , Negeri Kelantan.

Tuesday, April 28, 2009

A Trip To Thailand

Sekalung penghargaan juga kepada Saudari Lee Hsieh Yie kerana berjaya memenangi English Essay Contest anjuran Thai Consulate-General dan mengaut hadiah berupa pakej pelancongan ke Thailand selama 5 hari 4 malam. Kejayaan kalian pasti membanggakan warga Chung Hwa yang sentiasa mengimpikan kecemerlangan pelajar dalam bidang koakademik dan akademik.
Harapan saya juga agar Chung Hwa terus merintis kejayaan di persada antarabangsa dan kebangsaan.

KUIZ ASEAN 2009

Tahniah kepada Saudara Tan Jun Tat (U6S) kerana berjaya mewakili negeri Cik Siti Wan Kembang dalam Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan, dan muncul sebagai NAIB JOHAN. Tahniah juga kepada Mr. Yam Weng Kong sebagai guru pengiring. Harapan saya agar kejayaan ini akan merintis jalan ke arah kejayaan yang lebih besar. Pelajar Cemerlang , Chung Hwa Gemilang.

Sunday, April 5, 2009

Pesta Bahasa 2009 SMJK Chung Hwa





































Terima kasih kepada semua peserta , guru BM/BI/BC dan AJK Pesta Bahasa 2009 yang menjayakan program "niche" sekolah kita ini.

Wednesday, April 1, 2009

PESTA BAHASA 2009

2 April 2009 - Pesta Bahasa SMCH.... Selamat Berjaya kepada para peserta dan pastikan persembahan pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.

Monday, March 16, 2009

Tahniah Kepada Calon SPM & STPM 2008


Sekalung penghargaan kepada pelajar-pelajar SMJK Chung Hwa 2008 yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Kejayaan anda pasti membanggakan ibu bapa anda dan kami, warga guru di SMJK Chung Hwa.
Bagi mereka yang gagal memperoleh kejayaan yang diimpikan itu, jangan kecewa.Masih ada ruang untuk membuktikannya, mungkin semasa di Kolej atau Universiti kelak.
Dengar kata 124 orang calon SPM 2008 memperoleh A dalam BM, dan 122 dalam BI. Syabas.
Yang sedihnya, masih ada yang gagal, terutamanya yang jarang-jarang datang ke sekolah, kaki ponteng kelas dan kaki tidur (biarpun semasa peperiksaan). Mungkin mereka ni dah putus asa atau kurang motivasi. Walahualam.