Sunday, January 24, 2010

KEPUTUSAN KARYA KREATIF PNB 2009

Tahniah kepada Bethanny Wang Siew Yen dan Gan Rickey kerana sajak-sajak anda tentang 1Malaysia menarik perhatian ahli panel penilai profesional. Semoga hadiah bernilai RM100 dalam bentuk saham dan sijil penghargaan PNB menambah koleksi hadiah kalian. Menang atau kalah tidak penting dalam setiap pertandingan. Yang pentingnya, suara kita berkeupayaan menarik perhatian khalayak pembaca atau pendengar. Terima kasih juga kepada guru pembimbing, Cikgu Mukhtar Awang yang tidak letih-letih mendidik kalian.

Wednesday, December 23, 2009

Penggunaan Buku Baharu KOMSAS T4 dan T1 2010

Sila ambil perhatian. Penggunaan Buku-buku Baharu KOMSAS untuk T4 2010 dan T1 2010.
Subjek terlibat ialah BM dan BI.

Sumber Rujukan : Kementerian Pelajaran Malaysia. SPI Bil 7/2009

www.moe.gov.my

KEPUTUSAN PMR 2009

Tahniah kepada semua pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diumumkan pada hari ini. Sekalung penghargaan kepada 60 orang pelajar kita yang memperoleh STRAIGHT A's. You make us proud...
Kendatipun begitu, kejayaan yang dirintis dalam peperiksaan PMR ini haruslah menjadi perangsang untuk kejayaan yang lebih besar dalam peperiksaan SPM nanti.
Yang tidak berjaya itu, masih ada ruang dan peluang untuk membuktikan keupayaan anda. Pokoknya, jangan mudah putus asa. ESOK MASIH ADA.

Keputusan Ringkas PMR 2009
Bilangan A Setiap Mata Pelajaran

BM - 109 org - 35.6 % GPMP 2.1
BI - 149 org - 48.7 % GPMP 2.1
BC - 98 org - 32.03 % GPMP 2.6
Sej - 129 org - 42.2 % GPMP 2.3
Geog - 135 org - 44.1 % GPMP 2.2
Matematik - 208 org - 68 % GPMP 1.7
Sains - 149 org - 49 % GPMP 2.1
KH - 182 org - 59.3 % GPMP 1.6
Pendidikan Islam - 0 org - 0.0% GPMP 3.0

Sunday, December 20, 2009

MERRY X-MAS

Selamat Hari Natal ....MERRY CHRISTMAS to everyone on earth esp. to my friends celebrating this festive season. Not to forget Richard Teo n family, Col. Stephen Mundaw n family, Joyce Lim Geok Chial n family, Patricia Gan Teng Kerk n family, Cikgu Yam and family, Magdelene Gan, Chun2 and Anggu in Tawau, Sabah and all my students or ex-students.
Happy New Year too....

Tuesday, November 24, 2009

Escape To Hokaido Japan

1000 places to go before we die...

Jauh perjalanan luas pemandangan?
Seribu batu perjalanan lebih baik daripada membaca seribu buah buku?? Betulkah?
Yang pastinya, sekeping foto dapat menceritakan 1000 perkara.

Honestly, Japan is a nice place to visit. Every dream can be found there. Of course, Hokaido is a 'must to go' in your life time.


Monday, November 23, 2009

Salam Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk rakan-rakan.

Kepada anak murid ambo........jangan main air nanti tak jumpa tahun depan.

Semoga semua calon SPM dan STPM menghadapi peperiksaan dengan tabah biarpun dalam keadaan kebasahan dan kesejukan.

Sunday, November 15, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Kami doakan agar semua calon SPM dan STPM 2009 akan meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Pastikan anda mencipta kegemilangan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Ingat, SMJK Chung Hwa, Kota Bharu pasti cemerlang. Kepada pelajar ambo, pastikan BM anda cemerlang sentiasa. Ingat, BM SPM pasport masa depan anda. Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru BM/BI/BC/EST/MUET yang gigih menyumbangkan bakti untuk kecemerlangan sekolah.
"Kita hanya bisa merancang, sama ada berjaya ataupun tidak, hanya Tuhan yang akan menentukannya"

Daripada ambo Guru 09 @ ganos.