Tuesday, February 1, 2011

Happy Chinese New Year 2011

Harap2 tahun Rabbit ni. dapat melompat lebih tinggi dan berlari lebih deras...tak akan alah kepada Sang Kura-Kura lagi seperti dalam cerita binatang yang nenek ambo selalu cerita. Happy Chinese New Year to all my students, friends and family. May this year fills with prosperity, wealth, good health and love.

Saturday, January 15, 2011

Tahun Baharu Azam Baharu

Selamat Tahun Baharu kepada rakan-rakan. Ana baru balik dari Australia....so idea tak berapa ada kecuali terkenang akan saat-saat manis bersama gewe di Gold Coast, Sydney dan Melbourne. Happy New Year. Wish everyone the best.

Monday, January 3, 2011

Happy Chinese New Year 2011

Harap2 tahun Rabbit ni. dapat melompat lebih tinggi dan berlari lebih deras...tak akan alah kepada Sang Kura-Kura lagi seperti dalam cerita binatang yang nenek ambo selalu cerita. Happy Chinese New Year to all my students, friends and family. May this year fills with prosperity, wealth, good health and love.

Monday, November 8, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR T5 & T6

Majlis Perpisahan Pelajar T5 dan T6 2010
Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : Selepas Waktu REHAT Sebelum Waktu PULANG
Tempat : Stadium Chung Hwa

Selamat Berpisah kepada semua pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 2010. Bertemu adalah untuk berpisah. Sebelum meninggalkan sekolah ini, imbaskan apa-apa yang manis dan sedih, barulah anda tahu betapa seronoknya alam persekolahan.
Selamat Maju Jaya!

Monday, October 25, 2010

MENGHITUNG HARI

SPM 2010 semakin dekat...dan jika ada yang masih relaks, mereka ini pasti tidak mahu kecemerlangan. Mereka ini langsung tidak terdetik hati untuk melakukan anjakan dan menyumbang sesuatu kepada ibu bapa dan sekolah.
Walau bagaimanapun selamat berjaya kepada semua calon SPM sekolah ambo. Mulakan langkah pertama dengan melangkah yakin ke dewan peperiksaan.

Sunday, October 17, 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SMJK Chung Hwa

1Bahasa 1Bangsa 1Negara
Bahasa Jiwa Bangsa
Jika bukan kita, siapakah lagi
yang akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan kita.

Adakah kita mahu
satu-satunya bahasa ini terpinggir
jadi seperti bahasa Latin atau Sanskrit
menjadi bahasa "mati"
dan pupus ditelan zaman
dek kemabukan anak bangsa sendiri
memuja-muja warisan penjajah hingga lupa
di mana bumi dipijak.

Saturday, October 9, 2010

Persaraan En. Tan Yeap Huat

Selamat Bersara kepada Cikgu Tan Yeap Huat. Jasamu mengajar selama 19 tahun akan tetap kami kenang. Semoga cikgu sihat sokmo bersama keluarga tersayang.