Sunday, March 14, 2010

Belasungkawa : Prof. Dr. Umar Junus

Sekalung takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Dr. Umar Junus, mahaguru ambo di Universiti Malaya dahulu kerana tanpamu siapalah ambo pada hari ini. Sebenarnya, jasamu tidak terhingga, khususnya dalam aspek Stail Penulisan dan Kritikan Kesusasteraan yang masih ambo aplikasikan dalam pengajaran BM di sekolah. Kata orang tua-tua, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas roh tuan. Belasungkawa.

No comments: